Saturday, December 26, 2015

Mee cambo

Assalamualaikum,abam nak cite sikit pasal makanan feberet abam iaitu mee cambo....abam biasa makan kat pengkalan kubor...makanan dia besttt...kalau balik tumpat mesty pergi...jap ada benda nak tunjuk
TUMPAT – Pengkalan Kubor sememangnya sudah tidak asing lagi
sebagai syurga makanan masakan ala Thai dari negara jiran.
Namun bagi penduduk Tumpat ini, salah satu tarikan utama di
Pengkalan Kubor ialah mi cambo.
Ia dikatakan hidangan paling digemari kepada peminat mi sup
tetapi kelainan mi cambo ini ia dihidangkan bersama bebola
daging.
Cambo atau ejaan sebenarnya Jumbo (bahasa Inggeris)
bermaksud besar.
Besar itu bukan pada mangkuknya tetapi saiz bebola daging yang
digunakan.
Kini hidangan itu dipelbagaikan apabila lauknya tidak terhad
kepada bebola daging semata-mata apabila turut dimasukkan
pelbagai jenis bebola lain seperti udang, ketam dan sotong.
Ketika Pengkalan Kubor menjadi tumpuan ramai sempena PRK ini,
menu mi cambo mencuri perhatian terutamanya bagi pengunjung
yang pertama kali menjejakkan kaki di Dun itu.
Peniaga mi cambo, Haneesah Abdul Rahman, 43, berkata, PRK
Dun Pengkalan Kubor mempopularkan lagi mi cambo yang
diperkenalkan di sini sejak 26 tahun lalu.
“Saya orang pertama memperkenalkan menu mi cambo di
kawasan ini dan ia bertahan hingga ke hari ini.
“Resipi asalnya adalah dari Bangkok, Thailand. Resipinya itu
diperturunkan oleh adik ipar saya sendiri.
“Alhamdullilah mi cambo semakin  popular,” katanya yang dibantu
dua anaknya, Elissa Che Pa, 23, dan Anissa, 22.
Menurutnya, meskipun sudah ramai peniaga di sekitar Pengkalan
Kubor yang turut menjual mi cambo, kedainya tetap menjadi
pilihan ramai.
Sempena PRK ini, Haneesah atau lebih dikenali Kak Sah Mi Cambo
tidak menang tangan melayan pelanggannya yang sudah mulai
‘jatuh hati’ dengan keenakan mi cambo itu.
Bagaimana pun katanya, dia tidak mengambil kesempatan untuk
menaikkan harga mi cambo apabila tetap menjualnya dengan
harga RM5 semangkuk.
Kedai Kak Sah di jalan lama berhampiran stesen bas Pengkalan
Kubor turut menjual pulut pauh, nasi kerabu, nasi ayam dan air
batu campur.
Kedainya dibuka dari jam 10 pagi dan ditutup sehingga larut
malam sejak Pengkalan kubor menjadi tumpuan pada pilihan raya
kecil ini.
Kak Sah bersama anaknya, Elissa menunjukkan mee cambo yang
popular di Pengkalan Kubor.....
Tu jee..hehhehehheh..try la kalau p pengkalan kubor tumpat kelantan

6 comments:

  1. Terliuqqq tanpa sengajaa.. no matter what ! Cuti sem nie cheq nak p terbang tumpat sano.. cheqq nk cari jugok mee nie.. hangg buat cheqq tak tentu arah dah.. cheqq tak boleh bertolak ansur bab food food nie..

    ReplyDelete
  2. Terliuqqq tanpa sengajaa.. no matter what ! Cuti sem nie cheq nak p terbang tumpat sano.. cheqq nk cari jugok mee nie.. hangg buat cheqq tak tentu arah dah.. cheqq tak boleh bertolak ansur bab food food nie..

    ReplyDelete
  3. Nk tanya nama kedai ni......sy ni duk depan sekolah rendah pengkalan kubor.

    ReplyDelete